Tuesday, April 6, 2010

Utusan Darah...Siri 3

"Apa?Sazali dah mati?"Tanya Malik dengan nada terkejut.Dia masih terkejut dengan kedatangan secara tiba-tiba tiga pegawai polis ke apartmennya.Diberitahu terdapat kes yang menginginkan dia memberi kerjasama,Malik tidak keberatan kerana dia merasakan dia tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan.Setakat pergaduhan kecil tidak mungkin dia akan ditangkap.Tapi apabila diberitahu Sazali telah meninggal dunia dengan cara yang mengerikan,dia amat-amat terkejut.Memang dia memukul Sazali malam tadi,tapi tidaklah sampai mahu membunuhnya.Dia juga mempunyai akal yang waras.Membenci tidaklah sehingga mahu membunuh.

"Kenapa dia boleh mati?"Tanya Malik lagi kehairanan.Peluh mula membasahi dahi.dia tahu dia kan menjadi orang tuduhan detekti-detektif kerana mungkin dia orang terakhir yang berjumpa Sazali.Tapi dia ada liabliti iaitu Aina.

"Sebelum tu saya mahu tanya awak dengan lebih lanjut...Ermmm..malam tadi sebelum jam 3pagi anda berada di mana,bersama siapa dan buat apa..."soal Detektif Othman sambil mengeluarkan buku kecil dan pen di koceknya untuk mengambil keterangan dari Malik.

"Ermmm..malam tadi saya berada di belakang bangunan lama bersebelahan Pasaraya tu.Saya bersama-sama Sazali dan Aina..Terdapat beberapa org lagi di situ tapi saya xmengenali mereka dan mereka berada agak jauh dari kami..dan...kami cuma berborak sahaja..dia rakan sekampung saya..."Jelas Malik.Dia tertunduk.Dia tidak mampu menceritakan hal sebenar.Detektif-detektif itu akan mengesyakinya nanti.

"Ok..Tapi mengikut saksi-saksi di tempat kejadian terdapat pergaduhan antara awak dengan si mati.Betul ker?"Soal Detektif Othman lagi.Malik menjadi takut.Walaupun benar tapi dia tidak mahu dituduh sebagai penyebab kematian Sazali.Dia tahu tidak munkin hanya memukul dengan kayu boleh menyebabkan kematian.

"hmmmm..."Malik mendengus nafas panjang sambil mengangguk perlahan.Dia terpaksa mengaku untuk mengelak soalan yang lebih banyak.Dia tahu selama mana dia berbohong akan dapat diketahui juga oleh pihak polis.

"Sebab apa korang bergaduh ek..sebab perempuan ker"Tanya Detektif Maria,anak buah Detektif Othman tegas sambil menjeling ke arah Aina yang sejak tadi berdiam diri memandang ke lantai.Dia terasa sedikit marah kerana menganggap perempuan itu punca pergaduhan.

"Maria..."Detektif Othman menegur perlahan.Detektif Maria sedar kesilapannya dan mengangguk sedikit tanda faham.

"Tidak mengapa..Kita tunggu Inspektor Razif datang dan tindakan selanjutnya bergantung kepada dia..Tugas kita hanya untuk mencari mereka yang terlibat.."Kata Detektif Othman perlahan.Lelaki berusia pertengahan 30-an itu memandang ke luar pintu.Cuba mencari kelibat Inspektor Razif.Kejap lagi tibalah,bisik hatinya.

Setengah jam kemudian,Inspektor Razif tiba dan mengarahkan malik disiasat dengan lebih lanjut dan di bawa ke Balai Polis Cheras.

"Tapi tuan,saya tak tahu menahu tentang kematian............."

"Kat balai nanti cerita...Bawa perempuan tu sekali tu sekali,Detektif.."Arah Inspektor Razif memotong percakapan Malik.dengan tangan bergari,Malik di bawa memasuki van polis dan menuju ke balai polis Cheras.

Irwan mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke rumahnya..Jam menunjukkan pukul 2 petang.Dia yang berada di tingkatan 2 Sekolah Mengah di Cheras memberhentikan basikalnya di depan perhentian bas.Kemudian mengeluarkan air botol di dalam begnya.cuaca yang panas membuatkan tekaknya kekeringan.Selepas 2,3 kali meneguk air dia kembali meneruskan perjalanan pulang.Jarak rumahnya ke rumah mengambil masa setengah jam jika menaiki basikal.

Dia mengayuh perlahan-lahan,tidak terlalu mengejar masa.Dia melalui bangunan usang tempat mayat Sazali ditemui,namun tidak mengendahkan kejadian di situi kerana mayat Sazali sudah diambil.Yang tinggal hanyalah gantungan pita keselamatan polis..Dia melaui lorong di belakang bangunan-bangunan usang kerana jalan itu adalah jalan cepat ke rumahnya.Dia sudah biasa melalui lorong itu.Suasana yang begitu sunyi dan meyeramkan di lorong itu walaupun pada waktu siang tidak langsung menggetarkan jiwa anak muda itu.Tiba-tiba dia merasakan dia ditarik dari belakang..dia ingin mengeluarkan kata-kata namun mulutnya terkunci rapat....

"tolongggggg!!!!!!"teriak Irwan dalam hati...



...bersambung...


No comments: