Saturday, April 3, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 4

"Makcik..makcik tak boleh masuk..anak makcik sedang kritikal.Kami akan cuba sedaya upaya kay." Doktor Rahimin menenangkan Ibu Ermie.Tangisan halus kedengaran darinya..Menyebut-nyebut nama Ermie..Ermie segera dibawa ke wad ICU setelah didapati mengalami kecederaan di kepala. Dia diusung menggunakan stretcher.

"Makcik,saya nak tahu..ini anak makcik yang punya ker?"Doktor Rahimin meminta kepastian.
"Saya jumpanya di tangan anak makcik.die pegang erat benda ni."Doktor Rahimin mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya.Sebentuk puzzle yang dijadikan kalung ditunjukkan kepada ibu Ermie.

"Saya pun tak pernah nampak kalung nie,dok.Takperlah..bagi saya menyimpannya.." Emaknya meminta kalung itu dari doktor Rahimin..dibelek-beleknya.
kemudian dia mengerutkan dahi..Di belakang Puzzle itu tertulis satu perkataan..

Irini sayang Ermie

"Irini....?"

"Assalamualaikum,Irini...awak sihat?awak sedang buat apa ni?dah makan?dah mandi?dah sembahyang?" bertalu-talu soalan dikeluarkan Ermie ketika mula menghubungi Irini..Suara Irini yang sedap didengar terasa rindu dirasai..Benarlah kata orang.cinta itu indah.Cinta itu buta..Tidak pernah bertemu juga bisa melahirkan rindu..

'Wasalam...ye awk..amboi..banyaknyer soalan die.saya kna jawab satu2 ke serentak ni..hihi.."..

"terpulang..sebab saya dah tahu jawapannya..hiii"

Talian dimatikan.Walaupun hanya 10minit berbual tapi itu sudah cukup memuaskan hati seorang perindu.Jarak bukan ukuran kerana dia tahu akan bertemu irini suatu hari nanti..

"Irini..tunggu aku..."

Peperiksaan semester terakhir hampir bermula. Semangatnya makin berkobar-kobar..Dia berharap dapat memasuki universiti yang sama dengan Irini,Gadis di alam mayanya.segala persiapan ulangkaji diatur supaya tidak membebankan pada saat akhir.Begitulah fokusnya Ermie pada pelajaran.Emaknya sering berpesan supaya mengutamakan pelajaran kerana itulah yang akan menjamin masa depannya kelak.Keluarganya bukan berasal dari golongan atasan.Sebagai anak felda dia sudah biasa berdikari,sudah biasa menghadapi pelbagai getir hidup.Sejak kecil sudah mengikut arwah bapanya berniaga.Dia memang suka berniaga.Baginya perniagaan itulah yang akan membantu masa depan.Makan gaji?Dia tidak suka istilah itu.Walaupun bergulung ijazah dia akan terima,dia bertekad akan menceburkan diri dalam perniagaan.Itulah prinsipnya.Prinsip yang dikatakan sesetengah orang sebagai berlagak,tetpai dia tidak peduli.Dia mahu kepuasan.

"Irini...Irini...Irini..." nama itu terngiang-ngiang di akal fikrannya..Nama yang sentiasa di hatinya..selalu bersamanya..4 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap.Pelbagai peristiwa suka duka dilalui bersama.Cabaran sepanjang percintaanyanya dengan Irini memang hebat..Orang ke-3,ke-5 hingga ke-sepuluh pun wujud untuk menghancurkan hubungan mereka..tetapi mereka tetap bersama..tetapi sampai bila?

Makcik Haryati,ibu Ermie terus membelek-belek kalungan puzzle itu,mencari keistimewaan puzzle itu..hatinya sedikit sebak.Irini?dia semacam lali dengan nama itu.Tapi dia lekas-lekas menghindarkan diri dari berikir yang tak pasti..dalam hati dia terus berdoa agar anaknya akan selamat...

"Mie..jangan tinggalkan mak.mak tiada sesiapa lagi di dunia ni.." manik-manik airmata kelihatan jatuh di pipi Makcik haryati.Jiran-jiran yang datang bersamanya cuba menenangkannya..sudah 3jam dia berada di hospital itu.Tapi betul la kata orang..Doa seorang ibu yang pengasih sentiasa dimakbulkan tuhan...

"Makcik..anak makcik dalam keadaan stabil..."Doktor Rahimin menegur..Mukanyer tersenyum sedikit..

"Yeke?Alhamdulillah..boleh ke saya nak tgok anak saya,dok?

"Boleh..tetapi......."

...bersambung...

No comments: