Sunday, April 4, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 6

Makcik Haryati mendapatkan Ermie.Muka Ermie berbalut.Hanya bahagian mata sedikit terbuka. Tubunhya kaku tidak bergerak.Alat pernafasan dipasang di mukanya..Nafasnya kencang turun naik. Ibunya menghampiri sisinya lalu memegang lemah tangan Ermie,lalu menciumnya.

"Ermie..sedar,nak..Mak datang ni..mak bawak makanan kegemaran Ermie.Pisang.epal..sumer yang mie suka..bangun ye nak..mak nak suapkan.."ibunya menangis.Hingga kini sudah beberapa kali dia menangis.Jiwa seorang ibu yang menyanyangi anaknya begitu tebal dalam jiwa.

"Makcik..."tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang.Sepasang tubuh berbaju kurung merah jambu berdiri dibelakangnya..Dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Ermie.

Makcik Haryati kehairanan.Namun dia masih sempat menghulurkan tangan dan gadis tadi menciumnya. Dalam hati,dia sangsi siapakah gadis yang memiliki wajah yang manis ini.

"Nama saya Humairah...Iryia Humairah..maafkan saya makcik.."

"Kenapa anak meminta maaf?apa salah anak?"jawab makcik Haryati lembut.Dikesat airmatanya menggunakan lengan baju.ditatap muka gadis itu lama-lama. "Siapakah gadis ini.."

"Saya terlibat dengan kemalangan dengan anak makcik.Tapi saya tidak apa-apa.Anak makcik mengelak seekor kerbau dan hampir melanggar kereta saya dari arah bertentangan..Namun dia tidak melanggar kereta saya. Dia terbabas ke parit.Maafkan saya makcik.." Humairah memeluk Makcik Haryati.Pelukannya kuat..Dia mahu menangis sepuasnya..Dia tidak mahu semua itu terjadi.Hanya tuhan yang mengerti maksud di hati..Kolam deritanya semakin berpanjangan.Datang meraih cinta tetapi duka menimpa.Namun dia pasrah.Destinasi cintanya terlalu hampir.

"Tidak mengapa..anak tidak bersalah.mmm..anak ni siapa.?makcik tidak pernah melihat anak di kampung makcik sebelum ni..?Makcik Haryati masih kehairanan.

"Saya dari KL,saya nak berjumpa kawan di sini.Namanya...mmmmm"

"Siapa?Mana tahu makcik kenal.."

"mmm.."lidahnya kelu..Kalaulah makcik Harayati tahu kedatangannya di sini,mungkin akan timbul pelbagai persoalan.Dia tahu orang yang dicintai itu seorang yang kuat berahsia,dan dirinya...tiada siapa yang tahu.

"Ermie.....ermie..kenapa macam ni..saya nak berjumpa awak tapi bukan dalam keadaan begini.."Humairah cemas.Tubuh kaku Ermie berlumuran darah..dipegang tangan Ermie dan diperiksa nadinya.Masih hidup!

"Ambulans!tolong..ada satu kemalangan di Kebun pisang di Kampung Felda Wawasan. Tolong hantar segera..tolong.."sendu percakapan Humairah.Wajahnya cemas..Dia kenal sangat lelaki di depannya..

"Ermie......"

Orang ramai berpusu-pusu datang membantu mangsa kemalangan.Berita kemalangan yang melibatkan ermie begitu lekas tersebar.Ermie begitu dikenali di kampungnya kerana pelbagai pencapaian yang telah membanggakan kampungnya.Dia dianggap anak muda yang dapat membimbing generasi ke-dua di kampung itu.Selang setengah jam kemudian,ambulans datang untyuk membawanya ke hospital.

Humairah lekas-lekas memasuki keretanya untuk sama-sama melihat keadaan Ermie.Dia menangis sepuasnya.Kelu.Dalam perjalanan dia terus mendoakan keselamatan Ermie.Lelaki yang begitu dicintainya di Universiti dahulu..Lelaki yang begitu disayangi dan dikagumi.Walaupun dirinya lebih tua setahun berbanding Ermie,tetapi kematangan Ermie menarik perhatiannya.Ketulusan hati dan keikhlasan Ermie berkawan dengannya menyebabkan dirinya terpaut..tetapi bagi Ermie,Humairah hanyalah sebagai kawan dan kakak.Namun,Ermie yang tidak mempunyai adik beradik menganggap Humairah juga sebahagian hidupnya..Humarah tidak jemu-jemu memberi nasihat ketika Ermie kesusahan dan kebuntuan.Dia rasa bertanggungjawab untuk menemani Ermie.Walaupun hanya dia yang merasakan satu perasaan istimewa ketika bersama Ermie..

"Mie...Mira nak jadi kepingan terakhir hati mie..."


...bersambung


No comments: