Saturday, April 3, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 3

Tangannya ligat mencantum kepingan puzzle itu.Dalam hati merasakan ada makna di sebalik luikisan gmbar di dalam puzzle itu.Mungkin bila sudah siap nanti akan terhasil lah makna yang sebenar..

"Hmmm?gambar pemandangan universiti?tapi kenapa sekeping lagi takde?" Ermie memeriksa kotak puzzle itu kembali.Mana tahu akan terjumpa kepingan terakhir untuk dicantum.Walaupun gambaran sudah terlukis,namun hatinya tidak puas jika ianya tidak sempurna.

..oh ye..pastikan awak siapkan puzzle ini baru awak bukak surat yang ke dua ye.saya tahu awak orang yang jujur.=)

"Oh ye..mungkin disimpan di surat ke dua itu kot..ooo..pandai tul dak ni mainkan aku yek.."Ermie mencebik..Dia tertawa kecil dengan gimik yang dilakukan Irini.Baginya cukup bijak membuat helah seperti itu..Dia mencapai surat berwarna merah pula.Di buka dan mengharap kepingan terakhir berada di situ..

hehehe..saya tahu awak mesti mencari-cari kepingan terakhir tu kan?Maafkan saya..awak tak boleh memilikinya...sebab...saya tunggu awak di u nanti..di sana awak akan menemui kepingan terakhir itu...CUDIPT,Ermie...

Salam sayang,

Nur Irini Alisyah

Ermie tersenyum.Berbunga hatinya mendengar perkataan itu.Nukilan ikhlas dari gadis fantasi yang tidak pernah dikenalinya itu bermain di fikiran..CUDIPT..See You di IPT..hmmm

Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untuk kumendekatimu

Sepucuk surat kutulis
Menyatakan harapan
Walaupun kukebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun kutetap menanti jawapan..

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Kuterima balasan darimu
Kau juga menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis 'See You D IPT'

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Bukti kejayaan di genggaman

Andai kau kembali kutemui
Akan kumenuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis 'See You D IPT'

Puas dimainkan lagu nyanyian Unian UNIC ini di mp3nya..baginya lirik-lirik lagi itu memberi banyak makna.

"Irini...tunggu aku..."

Dia memasang cd di keretanya..sambil melayan lagu itu dia memandang ke sekeling kampung.Petang itu terasa dingin sahaja.Walaupun tidak membuka ,aircond tetapi masih berjaya merentap naik bulu romanya..Sedang asyik menikmati keindahan,,tiba-tiba...

..Tanpa disedari kereta yang dipandunya hampir melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas..dia bingkas memutar stereng kereta..Dapat mengelak tetapi...

"Kak Yati!anak akak..!" mariam,jiran sebelah rumahnya menjerit ke arah ibunya yang leka membantu persiapan majlis pertungan di kampungnya itu.

"Kenapa,yam ngan anak aku?"Ibunya segera mendapatkan mariam..Perasaan risau menyelubungi diri..

"Pak Kasim..Pak Kasim.."

"Kenapa ngan pak Kasim pulak?"

"Pak Kasim Bagitau ank akak kemalangan.Dekat dengan kebun kak Yati tu..."

"Ya Allah......"Luruh jantung seorang ibu mendengar perkhabaran sebegini.Dalam hati dia mengucap berbanyak kali.Walaupun dengan jiwa yang lemah setelah mendengar perkhabaran yang sesiapa pun tidak ingin didengari,namun digagahi juga tubuhnya untuk melihat anaknya. Dalam hati memohon pertolongan dari tuhan supaya anaknya itu dalam keadaan selamat.

"Mie...anakku..."

Darah membasahi wajahnyer..lemah..tanganny
er ingin mencapai sesuatu..tetapi tidak pasti apakah itu..semakin lama semakin kelam..digagahi sedikit-sedikit..lemah..kelam...

"puzzleku......"

...bersambung...


No comments: