Saturday, April 3, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 2

"Nanti kalau mie nak ke mana-mana jangan lupa pulak kunci pintu.Semalam umah Pak Kasmin baru dimasuki pencuri.Ok lah,mak pergi dulu.Dah lambat nie.." Ibunya memesan.

"mmm..baik mak.." Ermie menjawab selamba.Tangannya leka mencantum kepingan-kepingan jigsaw di atas meja tulisnya.Kepingan-kepingan
itu disambungnya berhati-hati.Permainan inilah yang akan dilakukan ketika dalan keadaan buntu.Sekurang-kurangya tumpuan akan lebih beralih daripada memikirkan segala seribu macam masalah yang menghantui dirinya.Ibunya terus mencapai beg tangannya lantas membuka dedaun pintu dan menghampiri kereta di luar rumah.Deruan suara enjin motokar itu menggamatkan suasana yang tadinya sunyi.

"Yes!Berjaya.." Ermier mendengus puas..Kepingan-kepingan Jigsaw telah siap dicantum..Namun fikirannya kembali menerawang. Matanya terus ditumpukan ke arah luar tingkap.Melihat kanak-kanak bermain di jalanan..Melihat pokok-pokok beralun ditiup sang angin.Nafasnya dihela panjang.Bebanan amarah meyelubungi segenap harapan.Bukan ini yang diminta.Dia hanya mampu berserah dan berdoa.

"...Hanya kepingan hatiku belum dicantum kembali...hmmm"

Saya selau perhatikan awak.Awak yang tak perasan saya.Nama pun 'Secret Admire' kan..hikhik..

oooo..yeker..tapi saya yang tercari-cari siapa awk..awak selalu perhatikan saya tapi saya...

Ermie sedih.Dia bertekad untuk mencari siapa gerangan pemilik bernama Nur Irini Alisya ini. Baginya dia cuma bercinta dalam fantasi selagi tidak menemui gadis itu.Dia tidak kisah jika dia akan berjumpa gadis yang tidak indah rupa parasnya.Memanglah siapa yang tidak mahu yang terbaik,tapi hatinya sudah terpikat,tiada apa yang dipedulikan.Namun sampai sekarang dia pelik, 'Sekampung' tapi tidak pernah mahu bersua muka..buruk sangatkah dia.Hitamkah dia..Cacatkah dia.Pelbagai persoalan menembusi kotak fikiran Ermie.Buku Biologi ditutup dan disusun di rak buku.ermie yang mengambil jurusan sains hayat di matrikulasi akan menamatkan pengajiannya bulan depan.Suka duka di situ saling berganti,namun hatinya tetap utuh kepada Irini.Baginya gadis itu memiliki satu daya tarikan yang membuatkannya terpikat.Entah mengapa. Walaupun beribu gadis2 cantik terdapat di matrikulasi itu dan banyak yang ingin menjadikannya kekasih hati,namun jiwanya pada Irini..Irini..Irini..Nur Irini Alisya..

"Mie,de surat untuk kau.Pergi jumpa warden".Azmir menyapa.Teman sebiliknya itu yang baru pulang dari kelas meletakkan bungkusan makanan di atas mejanya.

"Dan ni...makanan untuk kau..mie,bercinta-bercinta jugak..makan jangan lupa..takkan bercinta dengan handphone pun leh wat kan ko angau.."Temannya mengusik namun sedikit pun Ermie tidak terasa dengan usikan itu..Hanya dia yang tahu..

"Ok,jangan risau.Kejap lagi aku makan pastu aku turun kay."

Ermie mencapai kunci kereta viosnya.Tiba-tiba terasa di hatinya ingin melihat kebun peninggalan arwah bapanya.Walaupun hari ahad dan pekerja-pekerjanya tidak bekerja hari itu,sebagai pemilik dia rasa bertanggungjawab untuk melihat sendiri kebunnya itu. Selain bekerja sendiri, Ermie adalah Pengurus di sebuah syarikat penyelidikan di ibu negara. Cuti seminggu yang diberikan majikan digunakan sepenuhnya..Tapi bukan ini yang dia mahu apabila pulang ke kampung.Gembira diinginkan,tetapi lara yang menimpa..

Enjin kereta dihidupkan dan dengan longlai dia beransur keluar dari perkarangan rumah. Niatnya untuk pergi kebun diselangi dengan ingin menikmati keindahan kampung. Keretanya dipandu perlahan supaya dapat menghirup udara yang segar..Di bandaraya Kuala Lumpur, udara sebegini ,ketenangan dan kesunyian sebegini mustahil untuk dirasai.Hiruk pikuk kota raya cukup membuatkan hatinya bingit.

"Hadiah?Dari siapa ni.."Ermie membuka balutan hadiah itu perlahan-lahan.Hadiah yang dibalut cantik mengundang bait-bait persoalan.Dia terasa pelik.Siapakah yang menghadiahkannya hadiah saat ini."Birthday?..Lama lagi..Entahlah."fikirnya.

Balutan dibuka.Terdapat dua sampul surat berwarna merah dan biru yang bertulis A dan B di atas surat itu.Ermi membuka Surat berwarna biru bertulis A.

Assalamualaikum, Mohd Shahrimy Afiq.

Saya harap awak sihat-sihat la yek.Saya mintak maaf memberi sesuatu yang tidak awk jangka dan awak undangkan.Awak akan tahu nilainya apa yang saya beri ini.Semoga awak happy sentiasa..

p/s..oh ye..pastikan awak siapkan puzzle ini baru awak bukak surat yang ke dua ye.saya tahu awak orang yang jujur.=)

"Puzzle?Dia maksudkan puzzle?"dengan pantas die membuka hadiah itu.Memang benar..Kepingan-kepingan puzzle berselerak di dalam kotak.Ingin hatinya terus membuka surat ke dua,tapi diteguhkan hati supaya bersikap jujur..

"Apakah maksudnya ini..."

...bersambung...

No comments: