Sunday, April 4, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 8

"Makcik..anak makcik dalam keadaan stabil sekarang.Mungkin dia perlu tinggal di wad ini lebih kurang seminggu.Jadi harap adalah wakil untuk menjaganya nanti.."Doktor Rahimin menerangkan kepada makcik Haryati..

"Saya akan jaga dia.."tiba-tiba Humairah bersuara.Tegas.Masing-masi
ng di situ rasa terkejut.Persoalan berlegar setiap dari mereka.Siapa wanita ini?Apa kaitannya dengan Ermie?Kenapa dia ingin menjaganya?

"Kenapa anak nak menjaganya..?Makcik kan ada.."Makcik Haryati bertanya.Dia kehairanan dengan sikap Humairah.

"Sebab saya...."

Awak kena simpan rahsia kita...

Humairah rasa bersalah.Perkataan itu sering berlegar-legar di kepalanya ketika ini.Patutkah dia memberitahu sahaja siapa dirinya dan kenapa dia datang ke sini..tidak..dia bertekad selagi tidak mendapat keizinan Ermie,dia akan berdiam diri..

"..sebab..sebab saya rasa bersalah..sebab saya anak makck kemalangan..saya nak tebus balik.."Humairah menangis..Dia menangis kerana sebab itu.Sebab yang hanya dia dan Ermie sahaja tahu.

mawar hati ku hnya untuk dia..tidak mungkin berpindh ke hati org lain walaupun hanya sekilas baunya sahaja..

"Sungguh agung cintamu,Ermie..."

"Baiklah nak,makcik izinkan.Kalau ada pape hal beritahu makcik yer.."Kata Makcik Haryati lalu memberi salinan nombor telefon bimbitnya kepada Humairah.Humairah menyambut dengan senyuman.

Sudah 7 jam Ermie dalam keadaan koma.Waktu menunjukkan pukul 10 malam. Mata Humairah masih belum mengantuk.Dia merenung mata di sebalik balutan yang menyakitkan itu.Wajah yang dirasakannya mampu memikat wanita-wanita itu sedang bertarung nyawa.Dia tidak tahu bagaimana keadaan Ermie nanti.Burukkah wajahnya?Hodohkah?Cacatkah?Tapi semua itu tidak dipedulikannya.Dia tetap sayang pada Ermie walau apa pun keadaannya..Hanya maut dapat memisahkannya dari Ermie.

"Ermie..bangunlah..." kata-katanya di dalam hati.Dia mula bangun dari kerusi di sebelah katil Ermie.Tekaknya haus.Sejak tadi hanya beberapa kali sahaja dia meneguk air.Masanya dihabiskan dengan menjaga Ermie.Sedetik pun dia tidak mahu meninggalkan Ermie.

Tiba-tiba tangannya rasa dipegang sebelum sempat bangun..Dia panik..Tangan itu milik Ermie.Ermie sudah sedar!

"Irini..Irini...awk ke Irini..awak ke tu..."tiba-tiba Ermie bersuara.Walaupun tidak begitu jelas sebutannya akibat dibalut mukanya,namun Humairah masih mengerti..

"..tidak Ermie..ni Mira..mira.."ingin sahaja disebut begitu,namun ianya tidak terkeluar dari mulutnya.Dia tidak sanggup membiarkan hati Ermie pilu,walaupun dia terpaksa berpura-pura.Yang penting baginya dia dapat menjaga kekasih hatinya itu.

"Irini..mie nak sentuh wajah rinie..bagi mie sentuh..."tangan Ermie mencapai-capai wajah humairah yang disangkankan Irini.Humairah membiarkan Ermie berbuat demikian.Tanpa sedar airmatanya bercucuran.Dia bukan sedih kerana Ermie menganggapnya Irini,tapi sebenarnya dia tersangat gembira kerana kali pertama Ermie menyentuh wajahnya..

"Irini...kenapa Irini menangis..jangan risau..Mie selamat..mie akan sihat kay.." dengan perlahan-lahan Humairah menunduk..tangan Ermie diletakkan di pipinya..dan dia merebahkan kepalanya di dada Ermie..Airmata terus laju bercucuran..dia menangis dan terus menangis...Ermie memeluk erat...

Aku sayang padamu....



...bersambung...
 
 

 
 

No comments: