Sunday, April 18, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 11

Kepekatan di tengah malam menarik bunyian unggas.Hujan mula membasahi bumi,titis-titis kesejukan malam memasuki ruang bilik Ermie.Tingkap ditutup.Tempias-tempias hujan di atas mejanya dilapkan.Lalu dia terpandang sesuatu di sudut mejanya.Dia baru tersedar hadiah yang di beri Irini belum terusik lagi.Hampir terlupa dia.Balik-balik selepas berjumpa Irini dia terus ke tandas,melampiaskan segala macam benda yang ada di perutnya.Rasa sakit di perut betul-betul menekan.Setengah jam berada di tandas belum tentu menyegarkannya kembali.Salah makan agaknya,fikir Ermie.
 

Ermie terus menarik kerusi dan duduk.Dia membelek-belek kotak kecil itu.Rasa kagum dengan bungkusannya yang sungguh cantik.Kotak sebesar separuh tapak tangan itu dibuka perlahan-lahan.Rasa berdebar-debar.
 

"Kalung?"huh?...aku bukannya perempuan nak pakai kalung...Eh.." Ermie mengangkatnya.Rupa-rupanya
ia bukan kalung semata-mata.Terdapat sebentuk puzzle yang dijadikan kalung itu.
 
"Macam pernah nampak..rasa-rasanya..?" Ermie terus ke laci almarinya lalu mengeluarkan Kepingan-kepingan puzzle yang pernah dilekatkan dahulu.Hanya satu keping sahaja untuk membuatkan ianya lengkap.Dia mengambil kalungan puzzle itu lalu memadankannya...sesuai..
 
Saya tahu awak mesti mencari-cari kepingan terakhir tu kan?Maafkan saya..awak tak boleh memilikinya...sebab...saya tunggu awak di u nanti..di sana awak akan menemui kepingan terakhir itu...CUDIPT,Ermie...
 
Barulah dia memahami..Inilah kepingan yang terakhir puzzle yang dimaksudkan Irini.Dia menariknya kalung itu keluar kembali kerana ingin menyimpanya.Dia terlihat sesuatu di belakang kalung tersebut.
 
Irini sayang Ermie
 
"Irini sayang Ermie.."hati kecil Irini berbunga.Dia duduk di depan meja tulisnya sambil memandang cermin yang digantungya.rambutnya yang panjang mengurai disisirnya rapi-rapi..
 
"Rinie..kau tak tido lagi ker..dah lewat malam ni..esok kan kita ade aktiviti pelajar-pelajar baru.."Atikah menegur.dia menepuk-nepuk bantalnya supaya empuk.Badannya yg sederhana kurus dilabuhkan ke tilam.
 
"Belum mengantuk lagi..sekejap lagi saya tidur ye,tikah.."lembut percakapan Irini.Dia sudah biasa berbahasakan saya-awak atau pun Rinie sahaja pada sesiapa pun.Dia tidak gemar membahasakan aku-kau kerana terasa kasar sedikit baginya.
 
"Ok,nanti jangan tutup lampu ye,sayang..ai takutlaa..kalau sayang peluk takperlaaa~" Atikah membuat suara 'gedik'.Saja mengusik Irini.Dia tahu sahabatnya sedang merenung memikrkan kekasih hatinya..Biasalah orang baru nak mengenal cinta.Dalam hati dia gembira kawannya bahgia walaupun dia sudah banyak kali putus cinta.
 
"heheh..awak ni tikah..malu saya..mmm..ye,saya tahu awak tkut gelap kan,ok sayang~~"Irini membalas balik.Mereka tergelak mematahkan kesunyian malam seketika.
 
Irini..Thanks..sungguh bermakna hadiah tu..baru saya tahu maksud awak dahulu..saya pun sayang awak..hik..=)..
 
Welcome,Ermie..Sorrylah buat lama tertunggu.mm?sayang?saya xcakap pun lagi..hik..=p..
 
eleee...buat-buat tak tahu pulak dia..tu kat belakang puzzle tu..lupa?
 
ooooo..ader lagi ek..ingatkan dah hilang...hihi...
 
Irini melabuhkan tubuhnya ke katil.Dia sempat membaca bait-bait sms dari Ermie.Begitu juga Ermie.Sebelum tidur masih sempat lagi dia tersenyum.Merindui Si dia yang sentiasa dekat di hati..Penangan cinta...
 
Ermie sayangkan Rinie...
 
Rinie pun sayangkan Ermie....



...bersambung...
 
 
 

Thursday, April 15, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 10

...andai aku yg pertama hadir dalam hidupmu dan bukannya dia...adakah kau akan menerimaku seperti setiamu kepadanya...


...andai aku yg pertama menyentuh cintamu dan bukannya dia...adakah kau akan menyintaiku seperti cintamu kepadanya...

...Hati ini sudah tertaut padamu...

...Hati ini sudah tertawan padamu...

...walaupun begitu aku tahu tautan dan tawanan itu tidak pernah ada di hati mu..kerna aku tahu hati mu hanya untuk dia...andai dia mengetahui agungnya cinta mu ini, pasti dia akan menyesal dan kembali pada mu....dan bila waktu itu tiba, akusedar aku perlu berlalu pergi kerna aku yakin kau pasti bahagia...

jika tidak, aku akan terus menunggu..sabar menanti sinar kasihmu dalam diam...namun sesungguhnya cinta itu bukan paksaan..cinta juga bukan mainan..kerna aku ingin cinta yg tulus suci sebagaimana cintamu pada Tuhanmu dan Rasulmu..kerana aku hanya seorang sahabatmu setia menyintai...


Humairah terjaga dari lamunan.Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 5 pagi.Humairah segera menyelimutkan Ermie,dia tidak sedar sudah berapa jam dia tertido dalam dakapan Ermie.Hatinya begitu tenang.Entah mengapa.Embun-empun pagi mula memecah sirna.Melahirkan butir-butir kesejukan naluri,.Indah sinar sang suria hampir pasti menjelma tiba. Waktu subuh hampir tiba.Dia bersiap-siap untuk menunaikan solat.

"Awak..nganga ye..aaaaaa...yummm...ha camtulah.." Humairah menyuapkan bubur ke mulut Ermie.Begitu selera Ermie menelannya.

"Awak jangan banyak bercakap dan bergerak yea..nak baik kan?Ikut nasihat doktor peribadi awak ni..heheh.."Humairah berkata..tangannya terus mnyuapkan bubur itu.Dia berharap Ermie tidak banyak menanyakan tentang dirinya.dia terpaksa bercakap perlahan-lahan supaya suaranya kurang didengari dan Ermie kurang mengecamnya dan memastikan Ermie terus menganggapnya Irini.Dia mahu menjaga Ermie sehingga sembuh..Begitulah pengorbanan yang dia ingin curahkan kepada insan bernama Mohd Shahrimy Afiq.

"Awak nak pergi..iii.. mana..jangan tinggalkan sa..sa..ya lagi ye awak..Tunggu ba..balutan di muka saya ni dibuka..saya tringiin nak..nak tataaapp wajah a..aawak..". kata Ermie tergagap-gagap..balutan dimukanya menyebabkan dia sukar menggerakkan mulut dan lidah.Namun dipaksa juga.

"Iye,mie..Saya sentiasa di sisi awak..maafkan saya...saya nak ke tandas sebentar.."

Humairah menangis sepuas-puasnya..hatinya pedih,cemburu..Kenapa ermie tetap teguh cintanya pada Irini..Apa kurangnya dia di mata Ermie..Sebab dia lagi tua..?Mungkin ya..dengus Humairah..dia mengesat-ngesat airmata yang keluar..Tidak elok jika Ermie tahu dia sedang menangis.

Adik tahu tak apa itu cinta?

Tahu...tahu..!Cinta kepada Allah..Cinta Kepada Rasul..Cinta kepada Ibubapa..Cinta kepada Agama..Cinta kepada nusa dan bangsa,,cintakan negara..dan cintakan.....erk..erkk....

Cintakan apa dik...?

Cintakan akak lah..hahahaha....

Eh,adik nie..orang serius dia main-main pulak..Adik adik..ermm...adik cintakan awek adik tak?..

Mestilah kak...cinta,sayang,rindu,kasih..semua!Dia cinta pertama adik kan..eh,akak tanya adik,akak takde pakwe ke?

Sapelah nak akak adik..

Elele..akak kan cantik..manis,lemah lembut,sopan santun...senangkata ciri-ciri gadis melayu terakhir kan..hihi..takkanlah takder lelaki tersangkut kan?

Ader dik..tapi...

...tapi aper kak?

akak menunggu seseorang yang tidak pasti kunjungnya..

mmm...Siapa?


"Ya Allah!Ermie..!"


...bersambung...

Tuesday, April 6, 2010

Utusan Darah...Siri 3

"Apa?Sazali dah mati?"Tanya Malik dengan nada terkejut.Dia masih terkejut dengan kedatangan secara tiba-tiba tiga pegawai polis ke apartmennya.Diberitahu terdapat kes yang menginginkan dia memberi kerjasama,Malik tidak keberatan kerana dia merasakan dia tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan.Setakat pergaduhan kecil tidak mungkin dia akan ditangkap.Tapi apabila diberitahu Sazali telah meninggal dunia dengan cara yang mengerikan,dia amat-amat terkejut.Memang dia memukul Sazali malam tadi,tapi tidaklah sampai mahu membunuhnya.Dia juga mempunyai akal yang waras.Membenci tidaklah sehingga mahu membunuh.

"Kenapa dia boleh mati?"Tanya Malik lagi kehairanan.Peluh mula membasahi dahi.dia tahu dia kan menjadi orang tuduhan detekti-detektif kerana mungkin dia orang terakhir yang berjumpa Sazali.Tapi dia ada liabliti iaitu Aina.

"Sebelum tu saya mahu tanya awak dengan lebih lanjut...Ermmm..malam tadi sebelum jam 3pagi anda berada di mana,bersama siapa dan buat apa..."soal Detektif Othman sambil mengeluarkan buku kecil dan pen di koceknya untuk mengambil keterangan dari Malik.

"Ermmm..malam tadi saya berada di belakang bangunan lama bersebelahan Pasaraya tu.Saya bersama-sama Sazali dan Aina..Terdapat beberapa org lagi di situ tapi saya xmengenali mereka dan mereka berada agak jauh dari kami..dan...kami cuma berborak sahaja..dia rakan sekampung saya..."Jelas Malik.Dia tertunduk.Dia tidak mampu menceritakan hal sebenar.Detektif-detektif itu akan mengesyakinya nanti.

"Ok..Tapi mengikut saksi-saksi di tempat kejadian terdapat pergaduhan antara awak dengan si mati.Betul ker?"Soal Detektif Othman lagi.Malik menjadi takut.Walaupun benar tapi dia tidak mahu dituduh sebagai penyebab kematian Sazali.Dia tahu tidak munkin hanya memukul dengan kayu boleh menyebabkan kematian.

"hmmmm..."Malik mendengus nafas panjang sambil mengangguk perlahan.Dia terpaksa mengaku untuk mengelak soalan yang lebih banyak.Dia tahu selama mana dia berbohong akan dapat diketahui juga oleh pihak polis.

"Sebab apa korang bergaduh ek..sebab perempuan ker"Tanya Detektif Maria,anak buah Detektif Othman tegas sambil menjeling ke arah Aina yang sejak tadi berdiam diri memandang ke lantai.Dia terasa sedikit marah kerana menganggap perempuan itu punca pergaduhan.

"Maria..."Detektif Othman menegur perlahan.Detektif Maria sedar kesilapannya dan mengangguk sedikit tanda faham.

"Tidak mengapa..Kita tunggu Inspektor Razif datang dan tindakan selanjutnya bergantung kepada dia..Tugas kita hanya untuk mencari mereka yang terlibat.."Kata Detektif Othman perlahan.Lelaki berusia pertengahan 30-an itu memandang ke luar pintu.Cuba mencari kelibat Inspektor Razif.Kejap lagi tibalah,bisik hatinya.

Setengah jam kemudian,Inspektor Razif tiba dan mengarahkan malik disiasat dengan lebih lanjut dan di bawa ke Balai Polis Cheras.

"Tapi tuan,saya tak tahu menahu tentang kematian............."

"Kat balai nanti cerita...Bawa perempuan tu sekali tu sekali,Detektif.."Arah Inspektor Razif memotong percakapan Malik.dengan tangan bergari,Malik di bawa memasuki van polis dan menuju ke balai polis Cheras.

Irwan mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke rumahnya..Jam menunjukkan pukul 2 petang.Dia yang berada di tingkatan 2 Sekolah Mengah di Cheras memberhentikan basikalnya di depan perhentian bas.Kemudian mengeluarkan air botol di dalam begnya.cuaca yang panas membuatkan tekaknya kekeringan.Selepas 2,3 kali meneguk air dia kembali meneruskan perjalanan pulang.Jarak rumahnya ke rumah mengambil masa setengah jam jika menaiki basikal.

Dia mengayuh perlahan-lahan,tidak terlalu mengejar masa.Dia melalui bangunan usang tempat mayat Sazali ditemui,namun tidak mengendahkan kejadian di situi kerana mayat Sazali sudah diambil.Yang tinggal hanyalah gantungan pita keselamatan polis..Dia melaui lorong di belakang bangunan-bangunan usang kerana jalan itu adalah jalan cepat ke rumahnya.Dia sudah biasa melalui lorong itu.Suasana yang begitu sunyi dan meyeramkan di lorong itu walaupun pada waktu siang tidak langsung menggetarkan jiwa anak muda itu.Tiba-tiba dia merasakan dia ditarik dari belakang..dia ingin mengeluarkan kata-kata namun mulutnya terkunci rapat....

"tolongggggg!!!!!!"teriak Irwan dalam hati...



...bersambung...


Utusan Darah...Siri 2

"Tuan..kepala mangsa tak dijumpai di sini pun...mungkin ada binatang yang sudah membawanya pergi.." terang Detektif Othman Salleh kepada Inspektor Razif Isman.Inspektor Razif Isman segera ke tempat kejadian.Meneliti fizikal mayat itu.Dilihatnya terbaring tanpa kepala.Sungguh mengerikan.Manusia durjana manakah yang sanggup melakukan perkara sekejam ini..Dia meneliti bukti-bukti yang ada di tempat kejadian.

"Detektif Othman,mmmm..dapat butir-butir peribadi mangsa tak"Tanya Inspektor Razif.Sambil itu dia meneliti gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera yang diberi Detektif Othman.Memandang dengan penuh persoalan.Sungguh pelik,fikirnya..

"mmm..dari kad pengenalan yang dijumpai,mangsa bernama Ahmad Sazali b Abdullah, berumur lingkungan 28 thun..berasal dari Bidor,Perak.mmm,lagi satu tuan,setelah disiasat.terdapat kesan-kesan dipukul dengan benda tumpul di bahagian kepala bahu dan kaki mangsa..Mungkin berlaku pergaduhan di sini malam tadi.."Terang detektif Othman sambil meneliti buku laporan di tangannya.Inspektor Razif menyerahkan kembali kamera itu kepada Detektif Othman.Dia melihat mangsa dengan penuh tanda tanya.Ketika itu,orang ramai berpusu-pusu datang tapi melihat dari jauh kejadian itu.Sungguh cepat berita tersebar kerana cara kematian mangsa sungguh menyayat hati.Di baham binatang?Harimau?mana ada harimau di kotaraya ini..Terlepas kah..Manusia?Mungkin..sebab terdapat bukti bahawa mangsa dipukul.Begitulah teka-teki yang bermain di fikiran inspektor Razif.


"Detektif,segera siasat siapa orang terakhir yang berjumpa mangsa malam tadi..Saya mahu keputusan Tengahari ni juga."Arah Inspektor Razif kepada Detektif Othman.


"Baik,Tuan.."Detektif bersama dua orang pembantunya segera beredar menaiki van polis.Segera menuju mencari orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa seperti diarahkan Inspektor Razif.Inspektor Razif masih berteka teki.Dia berasa kasihan melihat keadaan mayat itu.Sungguh zalim cara kematiannya.Adakah manusia yang lakukan atau binatang.Baginya siapa pun yang membunuhnya,mereka itu kejam.Kemudian dia menyarungkan sarung tangan keselamtan di tangannya.Menyentuh kaki mangsa.Memicit-micit.Meneliti.


"mmm...mungkin sudah 5-6 jam mangsa mati "fikir Inspektor Razif.Ia meneliti berdasarkan suhu dan keadaan tubuh mangsa..dalam masa 2-3 jam suhu mangsa turun mendadak dan keadaan kaku dan berwarna merah pucat.Kemudian 4-7 jam berikutnya.suhu mangsa kembali normal mengikut keadaan sekeliling,tubuh tidak terlalu kaku dan keadaan tubuh pucat lesi.Begitulah tugas penyiasat forensik sepertinya.Sudah terlalu banyak jenayah yang berlaku yang diselia olehnya tapi kes ini begitu unik kerana kepala mangsa tidak dijumpai di sekitar itu dan cara kematian yang begitu kejam.


"Tuan Razif!Saya ada terjumpa sesuatu....."Sahut Detektif Misha.Inspektor Razif segera ke tempat di mana Detektif Misha berada.Dengannya terdapat sebuah kotak sebesar pemeluk.Kelihatan Detektif Misha begitu gugup.


"Kotak?Kenapa dengan kotak ni,Misha..mana awak jumpa ni?"Tanya Inspektor Razif kehairanan.


"Kotak ni di dalamnya penuh dengan darah mangsa dann...."Jawab Detektif Misha.Dia membuka kotak itu dan ditunjukkan kepada kepada Inspektor Razif.Alangkah terkejutnya bila mendapati di dalmnya penuh dengan darah dan lagi megejutkan lagi adalh kepala mangsa yang dicari-cari terdapat di dalamnya!


"Ya Allah...bawak kepala ni ke sana..beritahu team medic apa yang awak jumpa.."Arah Inspektor Razif.Jantungnya terasa berdegup-degup.Pantas.Ini bukan kerja binatang atau manusia.Ini kerja Syaitan!Sumpahnya..


"Hello,tuan..saya dah menemui mereka yang terakhir sekali berjumpa dengan mangsa.."Kata Detektif Othman di hujung talian.setelah selama 4 jam mengenalpasti status mereka yang terlibat,barulah dapat menjumpai mereka berdasarkan bukti dan laporan orang ramai.


"Baiklah..detektif berada di mana.Saya akan segera ke sana.."


"di No 27,,Aras 5 Flat Indah Jaya,Cheras..saya bersama seorang lelaki dan seorang wanita.."

"baiklah..Terima kasih..."

Inspektor Razif Isman memutuskan talian.Dia segera menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke tempat yang dinyatakan detektif Othman..Di fikirannya berteka-teki dan menyediakan beberapa soalan-soalan yang bakal diberikan kepada mereka yang terlibat..Dia semakin bersemangat untuk mengurai teka-teki ini...


...bersambung...


Monday, April 5, 2010

Utusan Darah...Siri 1

"Pabila Dendam Kesumat Merantai Jiwa,Nakhoda Hati Mula Kecewa,Akal Fikiran Dihasut Durjana,Menentang Musuh Menuntut Bela..."






Di lorong-lorong kegelapan di belakang bangunan usang itu,Sazali Berjalan dengan longlai.Diseret-seret kakinya yang tercedera itu.Pergaduhan dengan Malik menyebabkan dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan kakinya.Objek tumpul berupa kayu dihentak ditubuhnya beberapa kali menyebabkan dia mengalah.Bukan sekali dia bergaduh,sudah menjadi lumrah hidupnya.Tapi pergaduhan ini terlalu besar baginya.Hingga menggunakan senjata itu bukan lawannya.Akibat berebutkan Aina,si perempuan jalang itu dia mendapat luka seteruk ini.Memang tidak berbaloi.Aina hanyalah tempat melampias nafsunya.Cinta?Tidak layak diberikan cinta pada perempuan seperti itu.

Malik mendengus nafas kepuasan.Baginya kemenangan terhadap Sazali membuktikan dirinya lagi hebat.Dia bergaduh bukan semata-mata mendapatkan Aina,itu hanya sebagai modal sebagai bara untuk membakar dendam di hati.Permusuhan yang panjang antara mereka berdua sejak bangku sekolah lagi telah tercetus.Pergaduhan yang membuatkan mereka diberhentikan sekolah dan dihalau dari rumah.Sekarang umur mereka hampir menginjak ke 30-an.Ini semua kerana berebut seorang gadis juga,Siti Nur Aisyah.Gadis Ayu bertudung yang cantik rupanya dan molek pekertinya.Namun,gadis seperti itu tidak secocok dengan mereka berdua.lAntas,keluarganya mengahwinkan dia seorang doktor yang begitu segak dan tampan.Sudah tentulah mereka berdua tewas bulat-bulat begitu sahaja.Sudahlah menganggur,hidup juga tidak begitu terurus.Masakan ada perempuan mahu kan mereka.Kerana dendam mereka berdua ke Bandaraya Kuala Lumpur,dan akhirnya kerana perempuan menemukan mereka kembali..

"Kau,Malik...!kenapa kau tak habis habis menyusahkan hidup aku?"Sazali berteriak ke arah Malik.Dia tidak sedar dari mana datangnyer Malik.Dia hanya dapat mengenali Malik apabila Malik membuka helmet di kepalanya.Selama lebih sepuluh tahun tidak berjumpa dan merantau di kejauhan baru kali pertama dia berjumpa.Perjumpaan berasaskan situasi yang tidak diingini oleh sesiapa jua.Sazali memegang tangan Aina kuat-kuat.Perempuan itu cuba menjauhi mereka berdua.Tidak mahu apa-apa berlaku terhadap dirinya.Tidak disangka,kedua-dua lelaki yang penah ditidurinya kenal antara satu sama lain.Kenal dengan erti kata lain bermusuh...!

"ooo...kau masih kenal aku...Bagus...Bolehlah kita settlekan semuanya di sini..Oh ye...Aina..mana kau nak pergi tu..puas sangat ke dengan jantan ni..."..dengan pantas Malik mencapai kayu terbuang di lorong kecil itu..sampah-sampah berselerak..memang lorong maksiat!

"Nah kau rasakan..dendam yang aku pendam sedekad!"malik menghayun kayu itu.Sazali berjaya mengelak.Dia berundur sedikit demi sedikit ke belakang.Dia buntu.Baginya Malik sudah dirasuk Syaitan.Sanggup membunuhnya demi kerana perempuan jalang itu,fikirnya.

"Malik,rileks Malik..Aku tak guna apa-apa pun..apa kata kau berlaku adil....Ma....""Sazali tidak sempat menyambung kata-katanya.Hayunan ke dua hinggap tepat di bahu kirinya.Terasa sengal seluruh badan.Begitu kuat hayunan itu.Sazali ingin berlari namun hayunan seterusnya dituju bertalu-talu.kena mengenai bahagian kepala dan kakinya.Titisan darah mula mengalir.Penglihatan Sazali makin kabur..Namun digagahinya juga..Dia segera melarikan diri.Malik tidak mengejar.Dia tahu tidak perlu membunuh Sazali kerana seorang perempuan.Cukuplah dendamnya sedikit terbalas.Tidak berbaloi masuk ke lokap hanya sebab itu.

Sazali melangkah longlai.Sudah jauh rasanya dia berlari.Dia duduk sebentar di kaki lima belakang bangunan usang itu...Dilihatnya Luka di kaki dan kemudiannya merasa-rasa kepalanya.Darah..Terasa berpinar kepalanya.Tidak disangka pergaduhan tadi membuatkan malik hilang fikiran.Masih begitu dendam ke Malik terhadapnya..kalau ikutkan mahu sahaja dia tidur di situ,tetapi motornya masih di tempat ketika pergaduhan tadi.Mungkin sudah hancur dikerjakan Malik,fikirnya.

Sazali mencari-cari kotak untuk dibuat alas tidur.Esok saja dia pergi mengambil motornya semula.Dia berjalan-jalan sekitar situ.Menyelongkar kawasan sampah..

"Oh jumpa juga kotak.."..Sazali cuba mengangkat kotak itu.tetapi terasa sedikit berat.Peluh dingin mula terbentuk di dahinya..Jam menunjukkan pukul 3 pagi..Kotak itu seakan-akan bergerak..Mungkin terdapat benda hidup di dalamnya....

"haaaaahhhhh?"


...bersambung...


Sunday, April 4, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 9

"Assalamulaikum..awak..awak ke Irini..ermm..maafkan saya kalau saya silap..." Ermie menegur seseorang di depannya.Berbaju kurung merah hati..Dirinya terasa gementar.Hatinya sungguh gugup namun di sebaliknya terlindung perasaan yang istimewa..

"Bukan..awak salah orang nie..."rakan di sebelah gadis itu menjawab.

"Oh yeker..maafkan saya.."Ermie kecewa.

"Dia bukan Irini.Dia Nur Irini Alisyah."Sambung rakannya lagi..dia tergelak.Irini hanya tersenyum melihat usikan rakannya .Dia biarkan saja kawannya menjalankan tugas.Ermie terpaku.Dia terus memandang Irini.Jiwa lelakinya terpukul.Sungguh cantik gadis ini,bisiknya.Raut wajah yang bersih dan ayu bukan sahaja membuatkan hatinya terpikat,malah berkelip mata pun tidak sempat..Itulah penangan cinta pandang pertama.

"Silakanlah duduk.."Baru Irini berani bersuara..Suaranya yang lembut meruntun hati Ermie.Ermie segera mengambil tempatnya setelah dipelawa Irini.

"Uiii..ni ke pakwe kau,nie.Ensemnya..Bagi aku jelah..aku pun dah lama single.." Atikah,kawan Irini berseloroh..Irini tersenyum.Dia tau Ermie tidak termakan dengan kata-kata itu.Atikah cuma bergurau.Dia memandang Ermie di depannya sambil tersenyum kecil.Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika ini..Lelaki yang diminatinya dari jauh dulu kini di hadapannya..Dia terfana..Rasa ingin menyanyangi dan di sayangi tiba-tiba muncul.

"Awak,saya ada sesuatu untuk awk..harap awak sudi menerimanya..."Irini mengeluarkan sesutu dari kocek baju kurungnya dan menghulurkan kepada Ermie.Ermie kelu.Terketar-ketar tangannya ketika menerima pemberian Irini.Hadiah kecil berbalut sampul hijau itu dibukanya...

"Ermmm..balik nanti ek awak buka..segan kat sini.."Irini segera menghentikan reaksi Ermie..Ermie tersenyum..Sifat tidak sabar menyelubungi diri.

"Apa ni awk?Neway,thank yer...Saya takde apa-apa nak bagi kat awk...tapi..biar saya belanja awk makan malam ni yek.."

"Ehem..ehem..rinie jer ker..tikah ni takde ke?amboi2..mentang dah bertemu kekasih hati sampi tak perasaan ade kawan di sini.."Atikah mencelah..Irini mencubit peha atikah.Dia tersipu-sipu malu..

"Hmmm..ye..awak sekali lah..tak gentleman kan laki tak belanja.."Ermie sempat bergurau.Ekor matanya sempat mencelah ke arah Irini..

"Ya Allah..manisnya..."

"Yeker gentleman...terketaq-ketaq chek tengok tadi..elele.."Mereka tergelak kecil dengan usikan Atikah.Suasana yang hingar bingar di situ tidak mampu membuatkan mereka menghindar.Tatkala sedang asyik mereka bersenda,gelagat mereka diperhatikan seseorang dari jauh...

"Ermie...sampai hati kau...aku takkan biarkan kau bahgia!"


...bersambung...
 
 

Kepingan hati terakhir...Bab 8

"Makcik..anak makcik dalam keadaan stabil sekarang.Mungkin dia perlu tinggal di wad ini lebih kurang seminggu.Jadi harap adalah wakil untuk menjaganya nanti.."Doktor Rahimin menerangkan kepada makcik Haryati..

"Saya akan jaga dia.."tiba-tiba Humairah bersuara.Tegas.Masing-masi
ng di situ rasa terkejut.Persoalan berlegar setiap dari mereka.Siapa wanita ini?Apa kaitannya dengan Ermie?Kenapa dia ingin menjaganya?

"Kenapa anak nak menjaganya..?Makcik kan ada.."Makcik Haryati bertanya.Dia kehairanan dengan sikap Humairah.

"Sebab saya...."

Awak kena simpan rahsia kita...

Humairah rasa bersalah.Perkataan itu sering berlegar-legar di kepalanya ketika ini.Patutkah dia memberitahu sahaja siapa dirinya dan kenapa dia datang ke sini..tidak..dia bertekad selagi tidak mendapat keizinan Ermie,dia akan berdiam diri..

"..sebab..sebab saya rasa bersalah..sebab saya anak makck kemalangan..saya nak tebus balik.."Humairah menangis..Dia menangis kerana sebab itu.Sebab yang hanya dia dan Ermie sahaja tahu.

mawar hati ku hnya untuk dia..tidak mungkin berpindh ke hati org lain walaupun hanya sekilas baunya sahaja..

"Sungguh agung cintamu,Ermie..."

"Baiklah nak,makcik izinkan.Kalau ada pape hal beritahu makcik yer.."Kata Makcik Haryati lalu memberi salinan nombor telefon bimbitnya kepada Humairah.Humairah menyambut dengan senyuman.

Sudah 7 jam Ermie dalam keadaan koma.Waktu menunjukkan pukul 10 malam. Mata Humairah masih belum mengantuk.Dia merenung mata di sebalik balutan yang menyakitkan itu.Wajah yang dirasakannya mampu memikat wanita-wanita itu sedang bertarung nyawa.Dia tidak tahu bagaimana keadaan Ermie nanti.Burukkah wajahnya?Hodohkah?Cacatkah?Tapi semua itu tidak dipedulikannya.Dia tetap sayang pada Ermie walau apa pun keadaannya..Hanya maut dapat memisahkannya dari Ermie.

"Ermie..bangunlah..." kata-katanya di dalam hati.Dia mula bangun dari kerusi di sebelah katil Ermie.Tekaknya haus.Sejak tadi hanya beberapa kali sahaja dia meneguk air.Masanya dihabiskan dengan menjaga Ermie.Sedetik pun dia tidak mahu meninggalkan Ermie.

Tiba-tiba tangannya rasa dipegang sebelum sempat bangun..Dia panik..Tangan itu milik Ermie.Ermie sudah sedar!

"Irini..Irini...awk ke Irini..awak ke tu..."tiba-tiba Ermie bersuara.Walaupun tidak begitu jelas sebutannya akibat dibalut mukanya,namun Humairah masih mengerti..

"..tidak Ermie..ni Mira..mira.."ingin sahaja disebut begitu,namun ianya tidak terkeluar dari mulutnya.Dia tidak sanggup membiarkan hati Ermie pilu,walaupun dia terpaksa berpura-pura.Yang penting baginya dia dapat menjaga kekasih hatinya itu.

"Irini..mie nak sentuh wajah rinie..bagi mie sentuh..."tangan Ermie mencapai-capai wajah humairah yang disangkankan Irini.Humairah membiarkan Ermie berbuat demikian.Tanpa sedar airmatanya bercucuran.Dia bukan sedih kerana Ermie menganggapnya Irini,tapi sebenarnya dia tersangat gembira kerana kali pertama Ermie menyentuh wajahnya..

"Irini...kenapa Irini menangis..jangan risau..Mie selamat..mie akan sihat kay.." dengan perlahan-lahan Humairah menunduk..tangan Ermie diletakkan di pipinya..dan dia merebahkan kepalanya di dada Ermie..Airmata terus laju bercucuran..dia menangis dan terus menangis...Ermie memeluk erat...

Aku sayang padamu....



...bersambung...
 
 

 
 

Kepingan hati terakhir...Bab 7

Awak..saya pakai baju merah yer..jangan lupa malam ni.pukul 9 k.

Dibaca mesej yang diterimanya itu.Pukul 9?Harap-harap tiada apa-apa aktiviti malam ini.Sekejap pun jadilah semata-mata untuk melihat gerangan siapakah gadis itu.Ermie membuka almari pakaiannyer,mencari baju yang sesuai untuk dipadankan dengannya malam ini..

"Kena ensem-ensem ni..yes..pakai baju ni lah..mesti dia ingat lagi."Ermie mencapai baju T berwarna hijau muda itu.Dibelek-belek dan memastikan ianya dalam keadaan baik.Baju pemberian Irini hadiah ulangtahun kelahirannya tahun lepas.Dia rasa baru sekali dia memakainya.Selepas itu dia selesa menyimpannya di dalam almari.begitu sayang untuk memakainya berulang kali.Takut lusuh.

saya bawak kawan tau Irini menyambung lagi

Kenapa?seganlah saya nanti

Apabila laki dan perempuan bersama,yg ketiga adalah syaitan.pe salahnya saya bawak kawan sy sbgai yg ketiga..jadi xderlah tempat untuk syaitan kan?

Ermie tersenyum.Dia benar-benar mengagumi prinsip Irini..Mungkin kecantikan hatinya secantik wajahnya..Insya allah.

Malam itu dia bersiap awal,selesai saja solat isyak dia menyarungkan baju hijau muda itu..Wajahnya kelihatan ceria dan segar.Dia memandang ke cermin,di sisir rambutnya itu supaya rapi.

Langkah diatur cergas menuju ke di Dataran Cendikia.Suasana di situ sungguh meriah ibarat sebuah pesta.Pelajar-pelajar kebnyakan meluangkan masa di situ.Berjumpa teman-teman lama di matrikulasi atau di sekolah menengah.Masing-masing rancak berborak dengan teman masing-masing.Mata Ermie meliar mencari kelibat pemakai si baju merah.Memang ramai yang memakai baju merah malam itu..Tetapi yang mana Irini..

Saya di gerai no 7.Datanglah di situ

Pak!....Ermie terlanggar sesuatu.Buku-buku bersepah di hadapannya.Dia lekas-lekas mengutip buku-buku itu.

"Awak,maafkan saya..saya tak sengaja.." kata Ermie.Dia rasa bersalah kerana melanggar gadis itu.Di depannya berdiri sesusuk tubuh seorang wanita. Ermie merenung,sungguh cantik...bisiknya di dalam hati. Dia rasa terpukau.Lekas-lekas dia mengalihkan pandangan.Gadis itu hanya tersenyum.

"Takpe,dik.Akak yang salah."jawab gadis itu lembut

"Neway,thanks yea tolong kutip buku akak.."katanya lagi..dia terus berlalu di celah kegelapan malam di DC itu.Ermie masih dalam kebingungan.

"Adik,dia tahu ke umur ku?".Ermie hairan.Namun dia tertawa apabila terpandang kad pelajar baru di kocek bajunya..

"hmmm..patut pun..seniorlah ni.."Ermie tertawa kecil.Rasa kelakar di hatinya.Namu dia segera beredar dari situ.Ada urusan yang perlu di selesaikan...

"Assalamulaikum...awak ke Irini?

...bersambung...


Kepingan hati terakhir...Bab 6

Makcik Haryati mendapatkan Ermie.Muka Ermie berbalut.Hanya bahagian mata sedikit terbuka. Tubunhya kaku tidak bergerak.Alat pernafasan dipasang di mukanya..Nafasnya kencang turun naik. Ibunya menghampiri sisinya lalu memegang lemah tangan Ermie,lalu menciumnya.

"Ermie..sedar,nak..Mak datang ni..mak bawak makanan kegemaran Ermie.Pisang.epal..sumer yang mie suka..bangun ye nak..mak nak suapkan.."ibunya menangis.Hingga kini sudah beberapa kali dia menangis.Jiwa seorang ibu yang menyanyangi anaknya begitu tebal dalam jiwa.

"Makcik..."tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang.Sepasang tubuh berbaju kurung merah jambu berdiri dibelakangnya..Dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Ermie.

Makcik Haryati kehairanan.Namun dia masih sempat menghulurkan tangan dan gadis tadi menciumnya. Dalam hati,dia sangsi siapakah gadis yang memiliki wajah yang manis ini.

"Nama saya Humairah...Iryia Humairah..maafkan saya makcik.."

"Kenapa anak meminta maaf?apa salah anak?"jawab makcik Haryati lembut.Dikesat airmatanya menggunakan lengan baju.ditatap muka gadis itu lama-lama. "Siapakah gadis ini.."

"Saya terlibat dengan kemalangan dengan anak makcik.Tapi saya tidak apa-apa.Anak makcik mengelak seekor kerbau dan hampir melanggar kereta saya dari arah bertentangan..Namun dia tidak melanggar kereta saya. Dia terbabas ke parit.Maafkan saya makcik.." Humairah memeluk Makcik Haryati.Pelukannya kuat..Dia mahu menangis sepuasnya..Dia tidak mahu semua itu terjadi.Hanya tuhan yang mengerti maksud di hati..Kolam deritanya semakin berpanjangan.Datang meraih cinta tetapi duka menimpa.Namun dia pasrah.Destinasi cintanya terlalu hampir.

"Tidak mengapa..anak tidak bersalah.mmm..anak ni siapa.?makcik tidak pernah melihat anak di kampung makcik sebelum ni..?Makcik Haryati masih kehairanan.

"Saya dari KL,saya nak berjumpa kawan di sini.Namanya...mmmmm"

"Siapa?Mana tahu makcik kenal.."

"mmm.."lidahnya kelu..Kalaulah makcik Harayati tahu kedatangannya di sini,mungkin akan timbul pelbagai persoalan.Dia tahu orang yang dicintai itu seorang yang kuat berahsia,dan dirinya...tiada siapa yang tahu.

"Ermie.....ermie..kenapa macam ni..saya nak berjumpa awak tapi bukan dalam keadaan begini.."Humairah cemas.Tubuh kaku Ermie berlumuran darah..dipegang tangan Ermie dan diperiksa nadinya.Masih hidup!

"Ambulans!tolong..ada satu kemalangan di Kebun pisang di Kampung Felda Wawasan. Tolong hantar segera..tolong.."sendu percakapan Humairah.Wajahnya cemas..Dia kenal sangat lelaki di depannya..

"Ermie......"

Orang ramai berpusu-pusu datang membantu mangsa kemalangan.Berita kemalangan yang melibatkan ermie begitu lekas tersebar.Ermie begitu dikenali di kampungnya kerana pelbagai pencapaian yang telah membanggakan kampungnya.Dia dianggap anak muda yang dapat membimbing generasi ke-dua di kampung itu.Selang setengah jam kemudian,ambulans datang untyuk membawanya ke hospital.

Humairah lekas-lekas memasuki keretanya untuk sama-sama melihat keadaan Ermie.Dia menangis sepuasnya.Kelu.Dalam perjalanan dia terus mendoakan keselamatan Ermie.Lelaki yang begitu dicintainya di Universiti dahulu..Lelaki yang begitu disayangi dan dikagumi.Walaupun dirinya lebih tua setahun berbanding Ermie,tetapi kematangan Ermie menarik perhatiannya.Ketulusan hati dan keikhlasan Ermie berkawan dengannya menyebabkan dirinya terpaut..tetapi bagi Ermie,Humairah hanyalah sebagai kawan dan kakak.Namun,Ermie yang tidak mempunyai adik beradik menganggap Humairah juga sebahagian hidupnya..Humarah tidak jemu-jemu memberi nasihat ketika Ermie kesusahan dan kebuntuan.Dia rasa bertanggungjawab untuk menemani Ermie.Walaupun hanya dia yang merasakan satu perasaan istimewa ketika bersama Ermie..

"Mie...Mira nak jadi kepingan terakhir hati mie..."


...bersambung


Kepingan hati terakhir...Bab 5

"Hiduplah dengan hasil rampasan kau,lelaki tak guna..sanggup menyakiti perasaan lelaki lain...dan kau rinie.. naper rinie...naper irini sanggup lukai hati Ermie..kenapa..." Lemah longlai badannya saat mengucap deretan cemuhan itu..Amarahnya pada lelaki bernama Aimin itu tidak berkesudahan.Kalau diikut hati mahu saja dilempar lelaki yg sudah melepasi suku abad itu..

"Bukan salah Irinie..Irinie tak sangka suma ini terjadi.."Irini menangis..

"Penipu..pendusta!"...kema
rahannya semakin meluap-luap.Tidak pernah dia memarahi Irini sebegitu rupa.Bagi dia,perempuan insan yang suci,dia tak pernah sanggup memarahi atau menyakiti insan bernama wanita,lagi-lagi kalu dia sangat mengasihi..

Langkah diatur lemah..Dia meninggalkan Irini dan Aimin di taman itu.Sakit hati bila melihat kelibat mereka..Rasa tajam mencucuk-cucuk di jiwa.Selama ini dia mencurigai kesetian Irini padanya, dan Irini membalas ianya tidak berasas..

"Irini.....3 penipuan....kenapa kau buat aku begini..ya Allah..ampuni aku..." Ermie menangis di dalam hati..Dia tidak sanggup lagi menangis untuk perempuan.Pengorbanannya selama ini dirasakan tidak berbaloi. "Perempuan..kenapa perlu tamak..hmm"

"Ermie..maafkan rinie..Ermie akan tahu suatu hari nanti maksud rinie.."Irinie menekup mukanya menangisi..dalam hatinya dia tetap menyanyangi Ermie seperti masa-masa yang lalu.Bukan niatnya untuk mendustai cinta Ermie,jauh sekali tidak menghargai pengorbanan yang diberikan,dia cuma berdoa supaya Ermie akan berjumpa dengan jodohnya suatu hari nanti. Hanya tuhan yang tahu kenapa dia berbuat begitu.

Percintaan menjangkau 4 tahun dirasakan sia-sia.Ingatannya segera merentasi waktu-waktu perkenalannya dahulu bersama Irini.Dekat setahun dia tidak mengenali siapa itu Irini. Kenangan mula-mula mengenali Irini di UiTM Shah Alam memang indah..Dia mendapat Universiti yang sama seperti Irini cuma berlainan kursus.

Pendaftaran pelajar baru sesi 06/07 kemasukan ke UiTM berjalan lancar.Suasana riuh rendah dengan pelajar-pelajar dan keluarga-keluarga masing. Rasa teruja menyelubungi diri.Rasa tidak sabar untuk mengharungi kalaendar baru dalam hidup,membuktikan mereka makin matang dalam hidup.Ermie mengheret beg berisi baju keluar dari kereta.Bapanya,Encik Salihin mengangkat kotak yang berisi buku dan dokumen-dokumen penting untuk pendaftaran. Ermie menghembus nafas lega.Perjalanan yang memakan masa 5jam dari Johor Bahru dirasakan sekejap kerana azam dan tekadnya mahu ditabur di sini..Yang lagi penting,dia mahu berjumpa seseorang....

"Irini......"

Puzzle awak yang dinanti ada di sini..saya gembira kita akan berjumpa.Dan saya harap awak pun akan gembira bila berjumpa dengan saya..=)

Dilihatnya mesej di dalam hp nya itu..Dia mengukirkan senyuman..Dipandangnyer sekiling.Takut-takut Irini sedang memerhatikannya.Manalah tahu..Hanya Irini pernah melihat wajahnya namun dia sebaliknya.

"Mak ngan ayah balik dulu yee..jangan lupa study leklok..Kalu tak cukup duit kol mak nanti k."Ibunya memesan.Diciumnya pipi anak kesayangannya itu.Sedikit sebanyak airmata mengalir kerana terpaksa berpisah lagi..Sedih..lara menyelubungi hatinya..

Malam ni saya tunggu di Dataran Cendikia ye..lepas Isyak.Jangan lupa k..

Baju?.Balas Ermie ringkas.

Malam nanti saya bagitau k..=)

Hati Ermie berdegup kencang.Rindunya pada Irini mesti diubati.Dia tidak sabar untuk mengetahi siapakah Irini.Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi,cukuplah sejuk mata memandang dan yang paling penting,menutup aurat.Itulah yang ditegaskan ibunya dahulu jika ingin mencari pasangan hidup.

Langkah diatur kemas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Asar sudah hampir tiba.Selepas itu dia bercadang untuk berjalan-jalan ke sekeliling UiTm bersam teman sebiliknya yang baru dikenali.Dia ingin melihat ceruk-ceruk dan kehidupan di UiTm,antara Universiti terbesar di dunia.

"Ermie!!!!!!!!"

...bersambung...

Saturday, April 3, 2010

Kepingan hati terakhir...Bab 4

"Makcik..makcik tak boleh masuk..anak makcik sedang kritikal.Kami akan cuba sedaya upaya kay." Doktor Rahimin menenangkan Ibu Ermie.Tangisan halus kedengaran darinya..Menyebut-nyebut nama Ermie..Ermie segera dibawa ke wad ICU setelah didapati mengalami kecederaan di kepala. Dia diusung menggunakan stretcher.

"Makcik,saya nak tahu..ini anak makcik yang punya ker?"Doktor Rahimin meminta kepastian.
"Saya jumpanya di tangan anak makcik.die pegang erat benda ni."Doktor Rahimin mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya.Sebentuk puzzle yang dijadikan kalung ditunjukkan kepada ibu Ermie.

"Saya pun tak pernah nampak kalung nie,dok.Takperlah..bagi saya menyimpannya.." Emaknya meminta kalung itu dari doktor Rahimin..dibelek-beleknya.
kemudian dia mengerutkan dahi..Di belakang Puzzle itu tertulis satu perkataan..

Irini sayang Ermie

"Irini....?"

"Assalamualaikum,Irini...awak sihat?awak sedang buat apa ni?dah makan?dah mandi?dah sembahyang?" bertalu-talu soalan dikeluarkan Ermie ketika mula menghubungi Irini..Suara Irini yang sedap didengar terasa rindu dirasai..Benarlah kata orang.cinta itu indah.Cinta itu buta..Tidak pernah bertemu juga bisa melahirkan rindu..

'Wasalam...ye awk..amboi..banyaknyer soalan die.saya kna jawab satu2 ke serentak ni..hihi.."..

"terpulang..sebab saya dah tahu jawapannya..hiii"

Talian dimatikan.Walaupun hanya 10minit berbual tapi itu sudah cukup memuaskan hati seorang perindu.Jarak bukan ukuran kerana dia tahu akan bertemu irini suatu hari nanti..

"Irini..tunggu aku..."

Peperiksaan semester terakhir hampir bermula. Semangatnya makin berkobar-kobar..Dia berharap dapat memasuki universiti yang sama dengan Irini,Gadis di alam mayanya.segala persiapan ulangkaji diatur supaya tidak membebankan pada saat akhir.Begitulah fokusnya Ermie pada pelajaran.Emaknya sering berpesan supaya mengutamakan pelajaran kerana itulah yang akan menjamin masa depannya kelak.Keluarganya bukan berasal dari golongan atasan.Sebagai anak felda dia sudah biasa berdikari,sudah biasa menghadapi pelbagai getir hidup.Sejak kecil sudah mengikut arwah bapanya berniaga.Dia memang suka berniaga.Baginya perniagaan itulah yang akan membantu masa depan.Makan gaji?Dia tidak suka istilah itu.Walaupun bergulung ijazah dia akan terima,dia bertekad akan menceburkan diri dalam perniagaan.Itulah prinsipnya.Prinsip yang dikatakan sesetengah orang sebagai berlagak,tetpai dia tidak peduli.Dia mahu kepuasan.

"Irini...Irini...Irini..." nama itu terngiang-ngiang di akal fikrannya..Nama yang sentiasa di hatinya..selalu bersamanya..4 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap.Pelbagai peristiwa suka duka dilalui bersama.Cabaran sepanjang percintaanyanya dengan Irini memang hebat..Orang ke-3,ke-5 hingga ke-sepuluh pun wujud untuk menghancurkan hubungan mereka..tetapi mereka tetap bersama..tetapi sampai bila?

Makcik Haryati,ibu Ermie terus membelek-belek kalungan puzzle itu,mencari keistimewaan puzzle itu..hatinya sedikit sebak.Irini?dia semacam lali dengan nama itu.Tapi dia lekas-lekas menghindarkan diri dari berikir yang tak pasti..dalam hati dia terus berdoa agar anaknya akan selamat...

"Mie..jangan tinggalkan mak.mak tiada sesiapa lagi di dunia ni.." manik-manik airmata kelihatan jatuh di pipi Makcik haryati.Jiran-jiran yang datang bersamanya cuba menenangkannya..sudah 3jam dia berada di hospital itu.Tapi betul la kata orang..Doa seorang ibu yang pengasih sentiasa dimakbulkan tuhan...

"Makcik..anak makcik dalam keadaan stabil..."Doktor Rahimin menegur..Mukanyer tersenyum sedikit..

"Yeke?Alhamdulillah..boleh ke saya nak tgok anak saya,dok?

"Boleh..tetapi......."

...bersambung...

Kepingan hati terakhir...Bab 3

Tangannya ligat mencantum kepingan puzzle itu.Dalam hati merasakan ada makna di sebalik luikisan gmbar di dalam puzzle itu.Mungkin bila sudah siap nanti akan terhasil lah makna yang sebenar..

"Hmmm?gambar pemandangan universiti?tapi kenapa sekeping lagi takde?" Ermie memeriksa kotak puzzle itu kembali.Mana tahu akan terjumpa kepingan terakhir untuk dicantum.Walaupun gambaran sudah terlukis,namun hatinya tidak puas jika ianya tidak sempurna.

..oh ye..pastikan awak siapkan puzzle ini baru awak bukak surat yang ke dua ye.saya tahu awak orang yang jujur.=)

"Oh ye..mungkin disimpan di surat ke dua itu kot..ooo..pandai tul dak ni mainkan aku yek.."Ermie mencebik..Dia tertawa kecil dengan gimik yang dilakukan Irini.Baginya cukup bijak membuat helah seperti itu..Dia mencapai surat berwarna merah pula.Di buka dan mengharap kepingan terakhir berada di situ..

hehehe..saya tahu awak mesti mencari-cari kepingan terakhir tu kan?Maafkan saya..awak tak boleh memilikinya...sebab...saya tunggu awak di u nanti..di sana awak akan menemui kepingan terakhir itu...CUDIPT,Ermie...

Salam sayang,

Nur Irini Alisyah

Ermie tersenyum.Berbunga hatinya mendengar perkataan itu.Nukilan ikhlas dari gadis fantasi yang tidak pernah dikenalinya itu bermain di fikiran..CUDIPT..See You di IPT..hmmm

Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untuk kumendekatimu

Sepucuk surat kutulis
Menyatakan harapan
Walaupun kukebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun kutetap menanti jawapan..

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Kuterima balasan darimu
Kau juga menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis 'See You D IPT'

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Bukti kejayaan di genggaman

Andai kau kembali kutemui
Akan kumenuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis 'See You D IPT'

Puas dimainkan lagu nyanyian Unian UNIC ini di mp3nya..baginya lirik-lirik lagi itu memberi banyak makna.

"Irini...tunggu aku..."

Dia memasang cd di keretanya..sambil melayan lagu itu dia memandang ke sekeling kampung.Petang itu terasa dingin sahaja.Walaupun tidak membuka ,aircond tetapi masih berjaya merentap naik bulu romanya..Sedang asyik menikmati keindahan,,tiba-tiba...

..Tanpa disedari kereta yang dipandunya hampir melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas..dia bingkas memutar stereng kereta..Dapat mengelak tetapi...

"Kak Yati!anak akak..!" mariam,jiran sebelah rumahnya menjerit ke arah ibunya yang leka membantu persiapan majlis pertungan di kampungnya itu.

"Kenapa,yam ngan anak aku?"Ibunya segera mendapatkan mariam..Perasaan risau menyelubungi diri..

"Pak Kasim..Pak Kasim.."

"Kenapa ngan pak Kasim pulak?"

"Pak Kasim Bagitau ank akak kemalangan.Dekat dengan kebun kak Yati tu..."

"Ya Allah......"Luruh jantung seorang ibu mendengar perkhabaran sebegini.Dalam hati dia mengucap berbanyak kali.Walaupun dengan jiwa yang lemah setelah mendengar perkhabaran yang sesiapa pun tidak ingin didengari,namun digagahi juga tubuhnya untuk melihat anaknya. Dalam hati memohon pertolongan dari tuhan supaya anaknya itu dalam keadaan selamat.

"Mie...anakku..."

Darah membasahi wajahnyer..lemah..tanganny
er ingin mencapai sesuatu..tetapi tidak pasti apakah itu..semakin lama semakin kelam..digagahi sedikit-sedikit..lemah..kelam...

"puzzleku......"

...bersambung...


Kepingan hati terakhir...Bab 2

"Nanti kalau mie nak ke mana-mana jangan lupa pulak kunci pintu.Semalam umah Pak Kasmin baru dimasuki pencuri.Ok lah,mak pergi dulu.Dah lambat nie.." Ibunya memesan.

"mmm..baik mak.." Ermie menjawab selamba.Tangannya leka mencantum kepingan-kepingan jigsaw di atas meja tulisnya.Kepingan-kepingan
itu disambungnya berhati-hati.Permainan inilah yang akan dilakukan ketika dalan keadaan buntu.Sekurang-kurangya tumpuan akan lebih beralih daripada memikirkan segala seribu macam masalah yang menghantui dirinya.Ibunya terus mencapai beg tangannya lantas membuka dedaun pintu dan menghampiri kereta di luar rumah.Deruan suara enjin motokar itu menggamatkan suasana yang tadinya sunyi.

"Yes!Berjaya.." Ermier mendengus puas..Kepingan-kepingan Jigsaw telah siap dicantum..Namun fikirannya kembali menerawang. Matanya terus ditumpukan ke arah luar tingkap.Melihat kanak-kanak bermain di jalanan..Melihat pokok-pokok beralun ditiup sang angin.Nafasnya dihela panjang.Bebanan amarah meyelubungi segenap harapan.Bukan ini yang diminta.Dia hanya mampu berserah dan berdoa.

"...Hanya kepingan hatiku belum dicantum kembali...hmmm"

Saya selau perhatikan awak.Awak yang tak perasan saya.Nama pun 'Secret Admire' kan..hikhik..

oooo..yeker..tapi saya yang tercari-cari siapa awk..awak selalu perhatikan saya tapi saya...

Ermie sedih.Dia bertekad untuk mencari siapa gerangan pemilik bernama Nur Irini Alisya ini. Baginya dia cuma bercinta dalam fantasi selagi tidak menemui gadis itu.Dia tidak kisah jika dia akan berjumpa gadis yang tidak indah rupa parasnya.Memanglah siapa yang tidak mahu yang terbaik,tapi hatinya sudah terpikat,tiada apa yang dipedulikan.Namun sampai sekarang dia pelik, 'Sekampung' tapi tidak pernah mahu bersua muka..buruk sangatkah dia.Hitamkah dia..Cacatkah dia.Pelbagai persoalan menembusi kotak fikiran Ermie.Buku Biologi ditutup dan disusun di rak buku.ermie yang mengambil jurusan sains hayat di matrikulasi akan menamatkan pengajiannya bulan depan.Suka duka di situ saling berganti,namun hatinya tetap utuh kepada Irini.Baginya gadis itu memiliki satu daya tarikan yang membuatkannya terpikat.Entah mengapa. Walaupun beribu gadis2 cantik terdapat di matrikulasi itu dan banyak yang ingin menjadikannya kekasih hati,namun jiwanya pada Irini..Irini..Irini..Nur Irini Alisya..

"Mie,de surat untuk kau.Pergi jumpa warden".Azmir menyapa.Teman sebiliknya itu yang baru pulang dari kelas meletakkan bungkusan makanan di atas mejanya.

"Dan ni...makanan untuk kau..mie,bercinta-bercinta jugak..makan jangan lupa..takkan bercinta dengan handphone pun leh wat kan ko angau.."Temannya mengusik namun sedikit pun Ermie tidak terasa dengan usikan itu..Hanya dia yang tahu..

"Ok,jangan risau.Kejap lagi aku makan pastu aku turun kay."

Ermie mencapai kunci kereta viosnya.Tiba-tiba terasa di hatinya ingin melihat kebun peninggalan arwah bapanya.Walaupun hari ahad dan pekerja-pekerjanya tidak bekerja hari itu,sebagai pemilik dia rasa bertanggungjawab untuk melihat sendiri kebunnya itu. Selain bekerja sendiri, Ermie adalah Pengurus di sebuah syarikat penyelidikan di ibu negara. Cuti seminggu yang diberikan majikan digunakan sepenuhnya..Tapi bukan ini yang dia mahu apabila pulang ke kampung.Gembira diinginkan,tetapi lara yang menimpa..

Enjin kereta dihidupkan dan dengan longlai dia beransur keluar dari perkarangan rumah. Niatnya untuk pergi kebun diselangi dengan ingin menikmati keindahan kampung. Keretanya dipandu perlahan supaya dapat menghirup udara yang segar..Di bandaraya Kuala Lumpur, udara sebegini ,ketenangan dan kesunyian sebegini mustahil untuk dirasai.Hiruk pikuk kota raya cukup membuatkan hatinya bingit.

"Hadiah?Dari siapa ni.."Ermie membuka balutan hadiah itu perlahan-lahan.Hadiah yang dibalut cantik mengundang bait-bait persoalan.Dia terasa pelik.Siapakah yang menghadiahkannya hadiah saat ini."Birthday?..Lama lagi..Entahlah."fikirnya.

Balutan dibuka.Terdapat dua sampul surat berwarna merah dan biru yang bertulis A dan B di atas surat itu.Ermi membuka Surat berwarna biru bertulis A.

Assalamualaikum, Mohd Shahrimy Afiq.

Saya harap awak sihat-sihat la yek.Saya mintak maaf memberi sesuatu yang tidak awk jangka dan awak undangkan.Awak akan tahu nilainya apa yang saya beri ini.Semoga awak happy sentiasa..

p/s..oh ye..pastikan awak siapkan puzzle ini baru awak bukak surat yang ke dua ye.saya tahu awak orang yang jujur.=)

"Puzzle?Dia maksudkan puzzle?"dengan pantas die membuka hadiah itu.Memang benar..Kepingan-kepingan puzzle berselerak di dalam kotak.Ingin hatinya terus membuka surat ke dua,tapi diteguhkan hati supaya bersikap jujur..

"Apakah maksudnya ini..."

...bersambung...

Kepingan hati terakhir...Bab 1

Tapak tangan dikucup lesu.Airmata membasahi celahan-celahan jari..Kaku..dia cuba menahan diri dari dihanyuti perasaan tapi hati tetap menangis..Namun bait-bait sendunya tetap diselangi doa.Tiba-tiba dirinya disentap dengan teguran dari suara yang biasa didengarinya itu.Lekas-lekas dia bangun lalu melipat kemas sejadah dan digantungnya elok-elok.

"Ermie.mak nak pergi umah Cik Inah ni..nk rewang anak die nk bertunang lusa.Kau taknak tolong ker?" sapa emaknya lembut.Daun pintu diselak sedikit supaya jelas kedengaran suaranya. Dijengukkan sedikit kepalanya ke dalam melihat kelibat Ermie.

"Mmm..takpelah mak..mie kurang sihat.dah 2,3 hari macam ni..kalau dah baik nanti mie pergi lah ye.." Ermie membalas..Wajahnya dipaksa supaya tersenyum.

"Oh..yeke..tak tau pulak emak kau demam.Semalam ok jer,hari ni tiba-tiba demam?macam-macamlah kau."Emaknya mencebik.Baginya anak kesayangannya itu hanya bergurau senda.

"Biasalah mak.Sedangkan perempuan dalam sebulan mesti ader sakitnya,apatah kan pula laki..kami juga manusia biasa.."Ermie berseloroh.Sedikit sebanyak dapat meredakan hatinya yang sedang berduka..

Dia melangkah ke arah pintu.Mendapatkan emaknya lalu mencium tangan emaknya..Entah mengapa dia mahu peluk emaknya sekuat hati..Baginya itulah wanita dan insan yang paling disayangi.Sejak kematian bapanya 2 tahun lalu akibat kemalangan ketika pulang dari kebun,ibunyalah hanya tempat untuk dia menumpahkan segala kasih sayang.Dialah satu-satunya ank dari hasil perkahwinan Haryati dan Salihin.Lautan bahagia dan kolam derita dikongsi bersama ibunya..Kebanyakan masanya dihabiskan untuk ibunya..Kadangkala masa terluang ke kebun melihat pekerja-pekerjanya mengerjakan tanah seluas 10ekar itu dengan tanaman pisang berangan.Pertanian yang mulanya diusahakan arwah bapanya kini diwarisinya.Hasil jualan yang dahulunya hanya cukup-cukup makan kini sudah mampu untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah.Dia bangga hasil usahanya selama ini membuahkan hasil.Tetapi..

"mmm...Irini...kenapa kau buat aku begini..." dia bermonolog sendirian..Hanya dirinya yang mampu mengungkap kata-kata yang tidak terucap itu...

Ermie...saya tak penah kenal apa itu cinta,apa itu kasih.apa itu bahagia..tetapi saya mula mengenalinya bila berjumpa awak..Walaupun kita sekampung,tapi baru hari ini saya dapat berbual dan bermesra dengan awak..saya mengaku dari dulu saya minat awak..tapi awak jauh..saya hanya gadis kampung..awak budak terpelajar..saya malu..

Surat itu dibelek beberapa kali..baginya sejuta kali dalam sehari dia membacanya tetap tiada rasa kebosanan di hati..

"Irini...kau tidak bertepuk sebelah tangan.."..hatinya tersenyum.Surat yang berbau wangi itu dikucupnya beberapa kali.Semenjak sekolah rendah hingga sekolah menengah dia tidak pernah kenal erti cinta.Setakat menyukai rakan-rakan sebaya.Tetapi dengan Irini satu perasaan lain timbul..Adakh itu cinta?..Satu perkataan yang dulunya asing pada firasat hati Ermie.Baginya cinta itu suci..Cinta itu abadi..Hanya org terpilih mengenal erti cinta..

"Cinta memang indah..tetapi aku takut untuk menggapainya.."

"Nah lauk kegemaran mie.semilang asam pedas. mesti mie suka kan?" Emaknya menghentikan lamunannya seketika..Di depannya terhidang masakan kegemarannya itu..Dia menelan air liur..Menahan gelora nafsu makannya.

"Mak ni macam tau-tau jer .Mie teringin nak makan semilang asam pedas..dah lama tak rasa..."

"aiii....anak mak kan.."Ibunya tersenyum lalu meletakkan lauk kegemarannya ke pinggannya itu..Dengan pantas....

"Sayang...baca doa nak..."Emaknya tersenyum..Ermie tersipu-sipu malu..

Ya..tidak..ya...tidak....ya...tidak...YA..

SMS yang diutuskan Irini mengundang seribu satu kebahagiaan di hati Ermie..SMS itu menandakan Irini menerima dirinya sebagai teman istimewa.Walaupun diri berjauhan negeri,Ermie Menyambung pengajian di matrikulasi Pahang dan Irini menyambung pengajian STPM di sekolah lamanya di Johor, tapi bukan penghalang untuk mereka berhubung. Talian telekomunikasi sebagai pengubat rindu.Tetapi....
Tetapi hingga kini Ermie tidak mengenali Irini.Dia hanya berhubung melalui telefon bimbit dan surat.Sudah 2bulan mengenali tetapi hingga sekarang tidak bertemu wajah..Pernah dia mencuba mencari di laman sosial Friendster ,tetapi Irini hanya meletakkan gambar artis korea kegemarannya..

"Siapa sebenarnya awak.Irini...hmmm.."

..bersambung....