Tuesday, April 6, 2010

Utusan Darah...Siri 2

"Tuan..kepala mangsa tak dijumpai di sini pun...mungkin ada binatang yang sudah membawanya pergi.." terang Detektif Othman Salleh kepada Inspektor Razif Isman.Inspektor Razif Isman segera ke tempat kejadian.Meneliti fizikal mayat itu.Dilihatnya terbaring tanpa kepala.Sungguh mengerikan.Manusia durjana manakah yang sanggup melakukan perkara sekejam ini..Dia meneliti bukti-bukti yang ada di tempat kejadian.

"Detektif Othman,mmmm..dapat butir-butir peribadi mangsa tak"Tanya Inspektor Razif.Sambil itu dia meneliti gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera yang diberi Detektif Othman.Memandang dengan penuh persoalan.Sungguh pelik,fikirnya..

"mmm..dari kad pengenalan yang dijumpai,mangsa bernama Ahmad Sazali b Abdullah, berumur lingkungan 28 thun..berasal dari Bidor,Perak.mmm,lagi satu tuan,setelah disiasat.terdapat kesan-kesan dipukul dengan benda tumpul di bahagian kepala bahu dan kaki mangsa..Mungkin berlaku pergaduhan di sini malam tadi.."Terang detektif Othman sambil meneliti buku laporan di tangannya.Inspektor Razif menyerahkan kembali kamera itu kepada Detektif Othman.Dia melihat mangsa dengan penuh tanda tanya.Ketika itu,orang ramai berpusu-pusu datang tapi melihat dari jauh kejadian itu.Sungguh cepat berita tersebar kerana cara kematian mangsa sungguh menyayat hati.Di baham binatang?Harimau?mana ada harimau di kotaraya ini..Terlepas kah..Manusia?Mungkin..sebab terdapat bukti bahawa mangsa dipukul.Begitulah teka-teki yang bermain di fikiran inspektor Razif.


"Detektif,segera siasat siapa orang terakhir yang berjumpa mangsa malam tadi..Saya mahu keputusan Tengahari ni juga."Arah Inspektor Razif kepada Detektif Othman.


"Baik,Tuan.."Detektif bersama dua orang pembantunya segera beredar menaiki van polis.Segera menuju mencari orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa seperti diarahkan Inspektor Razif.Inspektor Razif masih berteka teki.Dia berasa kasihan melihat keadaan mayat itu.Sungguh zalim cara kematiannya.Adakah manusia yang lakukan atau binatang.Baginya siapa pun yang membunuhnya,mereka itu kejam.Kemudian dia menyarungkan sarung tangan keselamtan di tangannya.Menyentuh kaki mangsa.Memicit-micit.Meneliti.


"mmm...mungkin sudah 5-6 jam mangsa mati "fikir Inspektor Razif.Ia meneliti berdasarkan suhu dan keadaan tubuh mangsa..dalam masa 2-3 jam suhu mangsa turun mendadak dan keadaan kaku dan berwarna merah pucat.Kemudian 4-7 jam berikutnya.suhu mangsa kembali normal mengikut keadaan sekeliling,tubuh tidak terlalu kaku dan keadaan tubuh pucat lesi.Begitulah tugas penyiasat forensik sepertinya.Sudah terlalu banyak jenayah yang berlaku yang diselia olehnya tapi kes ini begitu unik kerana kepala mangsa tidak dijumpai di sekitar itu dan cara kematian yang begitu kejam.


"Tuan Razif!Saya ada terjumpa sesuatu....."Sahut Detektif Misha.Inspektor Razif segera ke tempat di mana Detektif Misha berada.Dengannya terdapat sebuah kotak sebesar pemeluk.Kelihatan Detektif Misha begitu gugup.


"Kotak?Kenapa dengan kotak ni,Misha..mana awak jumpa ni?"Tanya Inspektor Razif kehairanan.


"Kotak ni di dalamnya penuh dengan darah mangsa dann...."Jawab Detektif Misha.Dia membuka kotak itu dan ditunjukkan kepada kepada Inspektor Razif.Alangkah terkejutnya bila mendapati di dalmnya penuh dengan darah dan lagi megejutkan lagi adalh kepala mangsa yang dicari-cari terdapat di dalamnya!


"Ya Allah...bawak kepala ni ke sana..beritahu team medic apa yang awak jumpa.."Arah Inspektor Razif.Jantungnya terasa berdegup-degup.Pantas.Ini bukan kerja binatang atau manusia.Ini kerja Syaitan!Sumpahnya..


"Hello,tuan..saya dah menemui mereka yang terakhir sekali berjumpa dengan mangsa.."Kata Detektif Othman di hujung talian.setelah selama 4 jam mengenalpasti status mereka yang terlibat,barulah dapat menjumpai mereka berdasarkan bukti dan laporan orang ramai.


"Baiklah..detektif berada di mana.Saya akan segera ke sana.."


"di No 27,,Aras 5 Flat Indah Jaya,Cheras..saya bersama seorang lelaki dan seorang wanita.."

"baiklah..Terima kasih..."

Inspektor Razif Isman memutuskan talian.Dia segera menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke tempat yang dinyatakan detektif Othman..Di fikirannya berteka-teki dan menyediakan beberapa soalan-soalan yang bakal diberikan kepada mereka yang terlibat..Dia semakin bersemangat untuk mengurai teka-teki ini...


...bersambung...


No comments: