Monday, April 5, 2010

Utusan Darah...Siri 1

"Pabila Dendam Kesumat Merantai Jiwa,Nakhoda Hati Mula Kecewa,Akal Fikiran Dihasut Durjana,Menentang Musuh Menuntut Bela..."






Di lorong-lorong kegelapan di belakang bangunan usang itu,Sazali Berjalan dengan longlai.Diseret-seret kakinya yang tercedera itu.Pergaduhan dengan Malik menyebabkan dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala dan kakinya.Objek tumpul berupa kayu dihentak ditubuhnya beberapa kali menyebabkan dia mengalah.Bukan sekali dia bergaduh,sudah menjadi lumrah hidupnya.Tapi pergaduhan ini terlalu besar baginya.Hingga menggunakan senjata itu bukan lawannya.Akibat berebutkan Aina,si perempuan jalang itu dia mendapat luka seteruk ini.Memang tidak berbaloi.Aina hanyalah tempat melampias nafsunya.Cinta?Tidak layak diberikan cinta pada perempuan seperti itu.

Malik mendengus nafas kepuasan.Baginya kemenangan terhadap Sazali membuktikan dirinya lagi hebat.Dia bergaduh bukan semata-mata mendapatkan Aina,itu hanya sebagai modal sebagai bara untuk membakar dendam di hati.Permusuhan yang panjang antara mereka berdua sejak bangku sekolah lagi telah tercetus.Pergaduhan yang membuatkan mereka diberhentikan sekolah dan dihalau dari rumah.Sekarang umur mereka hampir menginjak ke 30-an.Ini semua kerana berebut seorang gadis juga,Siti Nur Aisyah.Gadis Ayu bertudung yang cantik rupanya dan molek pekertinya.Namun,gadis seperti itu tidak secocok dengan mereka berdua.lAntas,keluarganya mengahwinkan dia seorang doktor yang begitu segak dan tampan.Sudah tentulah mereka berdua tewas bulat-bulat begitu sahaja.Sudahlah menganggur,hidup juga tidak begitu terurus.Masakan ada perempuan mahu kan mereka.Kerana dendam mereka berdua ke Bandaraya Kuala Lumpur,dan akhirnya kerana perempuan menemukan mereka kembali..

"Kau,Malik...!kenapa kau tak habis habis menyusahkan hidup aku?"Sazali berteriak ke arah Malik.Dia tidak sedar dari mana datangnyer Malik.Dia hanya dapat mengenali Malik apabila Malik membuka helmet di kepalanya.Selama lebih sepuluh tahun tidak berjumpa dan merantau di kejauhan baru kali pertama dia berjumpa.Perjumpaan berasaskan situasi yang tidak diingini oleh sesiapa jua.Sazali memegang tangan Aina kuat-kuat.Perempuan itu cuba menjauhi mereka berdua.Tidak mahu apa-apa berlaku terhadap dirinya.Tidak disangka,kedua-dua lelaki yang penah ditidurinya kenal antara satu sama lain.Kenal dengan erti kata lain bermusuh...!

"ooo...kau masih kenal aku...Bagus...Bolehlah kita settlekan semuanya di sini..Oh ye...Aina..mana kau nak pergi tu..puas sangat ke dengan jantan ni..."..dengan pantas Malik mencapai kayu terbuang di lorong kecil itu..sampah-sampah berselerak..memang lorong maksiat!

"Nah kau rasakan..dendam yang aku pendam sedekad!"malik menghayun kayu itu.Sazali berjaya mengelak.Dia berundur sedikit demi sedikit ke belakang.Dia buntu.Baginya Malik sudah dirasuk Syaitan.Sanggup membunuhnya demi kerana perempuan jalang itu,fikirnya.

"Malik,rileks Malik..Aku tak guna apa-apa pun..apa kata kau berlaku adil....Ma....""Sazali tidak sempat menyambung kata-katanya.Hayunan ke dua hinggap tepat di bahu kirinya.Terasa sengal seluruh badan.Begitu kuat hayunan itu.Sazali ingin berlari namun hayunan seterusnya dituju bertalu-talu.kena mengenai bahagian kepala dan kakinya.Titisan darah mula mengalir.Penglihatan Sazali makin kabur..Namun digagahinya juga..Dia segera melarikan diri.Malik tidak mengejar.Dia tahu tidak perlu membunuh Sazali kerana seorang perempuan.Cukuplah dendamnya sedikit terbalas.Tidak berbaloi masuk ke lokap hanya sebab itu.

Sazali melangkah longlai.Sudah jauh rasanya dia berlari.Dia duduk sebentar di kaki lima belakang bangunan usang itu...Dilihatnya Luka di kaki dan kemudiannya merasa-rasa kepalanya.Darah..Terasa berpinar kepalanya.Tidak disangka pergaduhan tadi membuatkan malik hilang fikiran.Masih begitu dendam ke Malik terhadapnya..kalau ikutkan mahu sahaja dia tidur di situ,tetapi motornya masih di tempat ketika pergaduhan tadi.Mungkin sudah hancur dikerjakan Malik,fikirnya.

Sazali mencari-cari kotak untuk dibuat alas tidur.Esok saja dia pergi mengambil motornya semula.Dia berjalan-jalan sekitar situ.Menyelongkar kawasan sampah..

"Oh jumpa juga kotak.."..Sazali cuba mengangkat kotak itu.tetapi terasa sedikit berat.Peluh dingin mula terbentuk di dahinya..Jam menunjukkan pukul 3 pagi..Kotak itu seakan-akan bergerak..Mungkin terdapat benda hidup di dalamnya....

"haaaaahhhhh?"


...bersambung...


No comments: